Sunday, February 28, 2016

Cinta Rasul itu jalan, Cinta Allah itu tujuan

Assalamualaikum..

 La Ila Ha Ila Allah 
        (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
             Mulakan hari anda dengan berzikir kepada yang Esa                       
Sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba yang sentiasa mengingati-Nya.
sambil kita berdoa kepadanya : 
"Ya Allah jadikanlah hati kami hati yang sarat dengan kasih sayang agar hati akan sentiasa tenang "

Cinta Rasul itu jalan, Cinta Allah itu tujuan.
Sebelum kita mencari cinta manusia kita mestilah cari cinta Allah dulu. Tak salah cari cinta manusia tapi kita kena lah maintain kan dulu hubungan kita dengan ALLAH supaya hubungan dengan manusia lebih diberkati dan diberi hidayah dari yang Esa.

Bak kata PU, "Tak kenal maka tak cinta sudah kenal jangan jatuh cinta kerana diri ini sudah berpunya. Hati ini milik yang Esa"


Ibadah umrah adalah salah satu untuk kita sebagai hambanya melengkapkan Rukun Iman dalam Islam.


Bila hati ini sudah dipenuhi dengan rasa cinta  terhadap Allah, maka Ibadah yang dilakukan mudah untuk dilakukan dan mudah diterima.

Sunday, February 21, 2016

“Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”.

Kadangkala kita sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk melakukan ibadah.  

Pergi ke Kedai...ingat kerja.. 
Bersantai dengan keluarga..ingat kerja..
Pergi jumpa kawan...ingat kerja.. 
Pergi melawat saudara mara.... masih ingat tentang kerja..
sehingga hendak tidur... ingat kerja juga

Apakah itu petanda iman kita semakin menurun?

"Ya Allah,jauhilah hati kami dari berpaling denganmu, jangan lah engkau biarkan hati kami terus dengan leka dunia sehingga ke penghujung nyawa kami"

Sebelum tidur atau sedang hati tengah tenang, marilah kita mencari Redha Allah supaya Allah terima segala amalan yang kita kerjakan di dunia ini.

Fikirlah sejenak....

Alangkah indahnya jika aku dapat menjejakkan kaki ini ke tanah suci Makkah dengan meminta pengampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang dilakukan sama ada kesilapan yang disedari mahupon yang tidak disedari ketika di dunia ini sambil menitiskan air mata keinsafan pada diri ini.
"Ya Allah... berikanlah aku kesempatan untuk bertaubat..Kau ampunkanlah segala dosa-dosa ku... Kau tenangkanlah hati ku ini dan rahmatilah hidupku di dunia ini... Kau berikanlah kesempatan kepada hambamu ini untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah.."


Apakah kelebihan yang diperoleh menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Makkah??
  • Mendapat 'title' tetamu Allah. Bukan semua boleh orang mendapat 'title' ini. Ada orang kaya, namun masih belum sampai juga lagi ke Mekah dan Madinah.
  • Mendapat pahala yang besar kerana kita berusaha mengumpul wang untuk datang. 
  • Terdorong untuk memperbanyakkan ibadah.
  • Terdapat banyak tempat mustajab doa. Lebih mudah peluang berbanding dengan musim Haji yang lebih ramai orang.
  • kita diajar untuk memperbanyakkan ibadah dan disiplinkan diri. Sementara menunggu waktu solat, sejam sebelum Subuh lagi kita sudah berkejaran ke masjid.
  • Mengajar kita erti tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mulia apabila bertemu dengan ramai lagi umat Islam yang lain.